Open top menu
Monday, March 17, 2014



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan baik? Selalukah kita menyakiti hati ibu bapa? Setelah berkeluarga, masih ingatkah lagi kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita? Ini antara persoalan-persoalan yang perlu ditanya semula kepada diri kita.

Situasi 1 : Ibu dan anak
Ketika hamil, ibu sukar bergerak dan berjalan sehingga dia membuat keputusan untuk berhenti bekerja. Ketika melahirkan anak, betapa seksa dan susahnya ibu mengalami kesakitan yang tidak terkata. Ada juga yang ditakdirkan meninggal ketika bersalin. Setelah anak lahir, ibu bersusah payah menjaganya. Tatkala ibu sedang menyuapkan nasi, tiba-tiba terdengar tangisan si anak, lalu ditinggalkan makanan dan terus mendapatkan anaknya yang dikasihi.

Situasi 2 : Ayah dan anak
Si ayah bersusah payah mengerah keringat semata-mata untuk mendapatkan rezeki untuk keluarga. Pulang dari kerja dalam keadaan basah kuyup ditimpa hujan. Si ayah bersabar menjawab soalan anaknya berulang kali "Burung apa ayah?" "Burung murai nak", jawab ayah penuh sabar.

Situasi 3 : Ibu yang sakit
Ibu yang terlantar di atas katil, dijaga dengan rapi oleh si anak. Disuapkan makanan dan dihulurkan minuman. Dijaga dan ditatap dengan penuh kasih sayang.


Situasi 4 : Ayah yang sudah tua
Ayah yang sudah tua mengalami penyakit yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal najis sendiri. Lalu setiap kali makan si anak meletakkan ayahnya di tempat yang berasingan umpama seekor kucing. Ayahnya yang sudah nyanyuk ditengking dan diherdik "Menyusahkan orang saja!" 


Beberapa situasi di atas menggambarkan realiti kehidupan berkeluarga. Susah payah yang dialami oleh ibu ketikamengandung, melahirkan dan menjaga anak-anak dibalas dengan kasih sayang setelah mereka tua. Namun kadangkala pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak seolah-olah dilupakan sehinga ada yang meletakkan darjat ibu bapa mereka seperti seekor kucing.

Antara amalan yang paling dicintai Allah adalah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Satu tanggungjawab yang kadangkala kita abaikan. Abdullah bin Mas'ud berkata "Saya pernah bertanya kepada Nabi apakah amalan yang paling dicintai Allah. Baginda bersabda : Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Mungkin ketika mereka hidup kita sering abaikan mereka. Oleh itu, usah bertangguh! Muhasabahlah diri dan mulakanlah dengan memberikan yang terbaik kepada kedua-dua ibu bapa sebelum mereka pergi meninggalkan kita atau sebelum kita yang pergi meninggalkan mereka.

Tetapi seandainya mereka telah pergi...janganlah dilupakan mereka kerana kitalah sebagai anak-anak yang dapat menyambung talian hayat amal jariah yang akan dipertimbangkan buat mereka di akhirat kelak... Sentiasalah berdoa dan bersedekah untuk mereka...Insyaallah..Allah MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG akan menempatkan dan memelihara mereka di kalangan orang-orang beriman. AMIN.
Tagged
Different Themes
Written by Lovely

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

No related article available

0 comments