Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....
Alhamdulillah..sujud syukur di atas limpah nikmat yg Allah berikan.... Hujan Rahmat menyirami diri.... Ingin saya berkongsi sedikit topik yang agak menjadi-jadi ikutan dewasa ini.
Dari semasa ke semasa, ada sahaja berita tentang orang Islam yang membunuh diri. Alasannya boleh jadi sangat remeh ; PUTUS CINTA
Orang yang membunuh diri adalah mereka yang lari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah, perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah sedangkan Islam mengajar penganutnya bersabar dan tawakal serta melarang daripada sifat berputus asa.
HARAM
Membunuh diri adalah haram disisi agama Islam. DOSA BESAR ini bakal menempatkan pelakunya di neraka selama-lamanya.
Sabda Rasulullah : "Dahulu dalam kalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan. lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya. Dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati."
Firman Allah : " Tergesa-gesa hambaku kepada-Ku maka Aku haramkan untuknya syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bagaimana pula azab mereka yang membunuh diri di akhirat kelak?
Rasulullah bersabda ;"Sesiapa yang membunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditikam-tikamkannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit di neraka kelak, untuk selama-lamanya. Dan sesiapa yang membunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula secara berulang-ulang kali di neraka kelak, untuk selama-lamanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sanggupkah kita membunuh diri sebegitu berkali-kali?
KITA TIADA HAK
Allah berfirman "Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu." (Al-Nisa'' 4:29)
Mengapa manusia diharamkan membunuh diri sendiri? Salahkah membunuh kerana bukannya kita membunuh orang lain. Islam tidak menghalalkan perbuatan ini kerana kita seorang hamba. Setiap hamba pasti ada tuannya dan tuan kita ialah Allah. Diri kita hakmilik Allah. Allah yang mencipta dan menjadikan kita. Jadi patutkan kita melakukan sesuatu yang dilarang pada diri yang bukan milik kita?
Allah lebih mengasihi kita. Oleh itu, janganlah kita mengambil keputusan yang terburu-buru dengan membunuh diri sendiri. Tiada faedah yang diperoleh, hanya azab dan seksa neraka untuk selama-lamanya.
[Ihsan SOLUSI]
0 comments