BAHAGIAN 1
Daripada ‘Abdullah bin An-Nu’man bin Basyir r.a katanya : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang itu telah jelas nyata (jelas akan hukumnya) dan yang haram itu telah jelas nyata (jelas akan hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara yang syubhah (yang tidak akan jelas akan kehalalannya dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barang siapa yang berjaga-jaga dari perkara yang syubhah, sesugguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara yang syubhah, maka ia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram, seumpama pengembala yang menggemabala kambingya di sekitar kawasan yang terlarang yang hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rumpai yang ada di dalamnya. Maka ketahuilah, bahawa kawasan larangan Allah swt adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhan jasadnya dan jika ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah HATI
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis ini menjadi salah satu hadis di mana hukum hakam agama Islam dikeluarkan darinya. Hadis ini berkaitan dengan perkara halal, haram dan syubhah. Hadis ini menjelaskan 3 perkara iaitu :
1) HALAL itu jelas nyata, tidak tersembunyi kehalalannya, seperti terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith seperti makan selain daripada darah dan bangkai, berjalan-jalan dan sebagainya.
2) HARAM itu jelas nyata, yang mana terdapat larangan yang jelas qat’i dalam al-Quran dan hadith janganlah dipertikaikan pula. Tentang larangan Allah yang dinyatakan dalam al-Quran berkaitan dengan jenayah telah dikumpulkan oleh para ‘ulama dan diqanunkan untuk memudahkan kemaslahatan ummah maka terhasillah hukum hudud seperti meminum arak, membunuh dan sebagainya
3) SYUBHAH (mutasyabihah) bermaksud yang tidak jelas, iaitu kekeliruan antara kehalalannya dan keharamannya. Maka tidak ramai pula yang mengetahui akan statusnya. Adapun sebaliknya, para ‘alim ‘ulama telah mengetahui hukumnya berdasarkan kepada nash dan qiyas yang telah disepakati oleh mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi kekeliruan akan hukumnya sama ada halal atau haram, justeru tidak ada nash yang menetapkannya dan tidak jua dengan ijma’, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka telah menasakhkan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dali-dalil yang berkaitan akannya.
Terdapat beberapa jenis syubhah yang dapat diklasifikasikan. Ibnu al-Mundzir telah mengkelaskannya kepada 3 bahagian, iaitu :
PERTAMA : sesuatu yang memang telah diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian dia ragu-ragu (syak) tentangnya; adakah ia tetap kekal dengan kehalalannya atau tidak? Maka, tidak halal baginya melakukan atau mengambil tindakan atas sesuatu melainkan ia benar-benar YAKIN akan kehalalannya. Sebagai contoh dalam kehidupan seharian kita, 2 ekor ayam, salah seekor dari keduanya ini telah disembelih oleh penyembelih oleh orang kafir lalu kita ragu-ragu yang mana satukah disembelih oleh si kafir itu? Maka wajib kita mengelakan diri darinya.
KEDUA : seabliknya, sesuatu perkara itu halal tetapi ragu-ragu (syak) akan keharamannya; seumpama hadath, datang keraguan selepas yakin akan wujudnya atau terhasillah thaharah, maka tiada kesan keraguan padanya selepas yakin. Iaitu orang yang telah berwudhu’ lalu dia ragu-ragu sama ada dia masih dalam keadaan berwudhu’ atau telah batal wudhu’nya, jika dia masih YAKIN msih ada wudhu’, maka hukum ke atasnya bahawa ia masih berwudhu’, justeru yakin tidak boleh dihilangkan syak.
KETIGA : Sesuatu yang diragui akan kehalalannya dan keharamannya, maka adalah lebih aula untuk meninggalkan keraguan itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya. Telah diriiwayatkan daripada Bukhari dan Muslim daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku kemudian aku mengambilnya untuk memakannya namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya”
Lihatlah kepada akhlak Rasulullah SAW. Inilah sepatutnya yang kita lakukan dewasa kini. Sebagai contoh didatangkan dalam keadaan ini pada masa kini, kita diberi oleh seseorang akan sesautu makanan, terlebih dahulu kita bertanya tentang apakah makanan ini dan dari manakah sumbernya. Jika telah YAKIN akan KEHALALANNYA, maka makanlah dengan yakin.
Insyaallah sekiranya diberikan umur yang panjang...kita berkongsi topik ini di setiap sudut yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian...
0 comments