Berdoalah, minta
daripada Tuhan, itu yang selalu dipesan oleh emak. Saya berpegang pada
kata-kata itu. Sejak kecil, apabila berdepan kesukaran kehidupan, itulah
yang saya pegang.
Berdoa
jangan putus, ulang emak lagi apabila saya mengeluh keletihan padanya.
Kehidupan kami sekeluarga tidaklah sesenang mana, tetapi tidak juga
semewah orang lain. Semasa kami tinggal di Kem, kamilah antara keluarga
yang paling sederhana tetapi kami tidak pernah menyesali keadaan.
Dalam
serba kekurangan itu, saya dan empat lagi adik masih mampu bersekolah,
meskipun hanya sepasang pakaian dan sepasang kasut sahaja yang kami
dapat untuk setahun. Kadang-kadang perasaan malu terhadap rakan-rakan
pun ada. Tetapi... yang paling penting, saya mesti belajar
bersungguh-sungguh. Keputusan UPSR sangat menggembirakan, semua A. Saya
menyimpan cita-cita untuk ke MRSM. Tetapi emak menghalang, kerana kami
bukan orang senang, tidak berkemampuan untuk menghantar ke sekolah
sedemikian. Saya pasrah, mungkin ada rezeki di lain kali.
Bersekolah
di sekolah biasa, tidak menghalang saya terus berusaha, masih menyimpan
cita-cita untuk ke MRSM. PMR saya lalui dengan penuh debaran. Selepas
peperiksaan, kami mengikut ayah yang berpindah ke pendalaman kerana
mengikut emak yang berpindah tempat kerja.
Kami
sekeluarga dipinggir oleh keluarga yang lain hanya kerana kami bukan
orang senang. Setiap kali saya melihat airmata emak, setiap kali itu
saya berdoa pada Tuhan, ubahlah nasib kami.......... Setelah SPM
diumumkan, saya telah berjaya menempatkan diri di UiTM (dulu ITM).
Dengan semangat ingin merubah nasib keluarga, saya nekad meneruskan
pelajaran ke UiTM Shah Alam, tanpa ibubapa yang menghantar...........
cuma pada Tuhan kami berserah. "Itu rezeki Tuhan berikan, kata emak.
Mana tahu, Dia kesian tengok kita susah", kata emak.
Tamat
pengajian Diploma, saya teringin menyambung ke peringkat Ijazah tapi
teringatkan adik-adik, saya mengalah.Teramat sedih apabila rakan-rakan
yang lain semua melanjutkan pelajaran. Apakan daya, keluarga saya susah.
Biarlah adik-adik yang meneruskan perjuangan. Habis belajar, saya
bekerja sebagai Guru Sandaran selama 1 1/2 tahun. Saya selalu kenangkan
zaman remaja saya dahulu dan berkongsi dengan pelajar mengenai susah
payah lama. Sekurang-kurangnya, sekarang saya telah berjaya mengubah
nasib keluarga dan saya mampu menyediakan keperluan kedua ibubapa.
Allah
tidak kabulkan doa saya untuk belajar setinggi yang mungkin, tetapi
betapa kini saya bersyukur, Dia berikan sesuatu yang lain pada saya.
Dahulu saya tidak nampak Hikmah itu, tetapi saya insaf dan sedar betapa
segala yang Allah berikan, tidak sia-sia sama sekali.
Saya
pernah terima e-mel dari seorang sahabat. Tersentak saya membaca e-mel
tersebut ; ia mengingatkan kepada diri saya sendiri. Kisah seorang
lelaki yang berdoa kepada Allah agar memberikannya bunga dan rama-rama.
Namun keesokkan harinya, Allah berikannya sepohon kaktus berduri dan
seekor ulat beluncas.
Si
lelaki sedih, tidak faham mengapa pemberianNya berbeza daripada
permintaannya. Tetapi dia kemudia terfikir untuk menyejukkan hati ;
Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan, dan dia memutuskan
untuk tidak mempersoalkannya lagi. Selepas satu tempoh, lelaki itu
memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan. Lelaki
ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan
berduri itu tumbuh sekuntum bunga yang cantik, dan daripada seekor ulat
beluncas yang berselindung, telah bertukar menjadi seekor rama-rama
yang cantik.
Subhanallah
! Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul, walaupun pada
mata manusia, kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon dan menerima
sesuatu yang lain dari Allah, percayalah pada kurnia itu. Pastinya Allah
sentiasa mengurniakan apa yang dipinta sesuai pada masanya, yang anda
pinta tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal
memenuhi permintaan umatNya yang sentiasa berdoa.
APABILA DOA TIDAK DIMAKBULKAN...
By Unknown
10:56 PM
0 comments
Tagged

Written by Lovely
Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.
0 comments