Itulah ungkapan yang sering kita gunakan, sering kita ungkapan dalam apa jua yang kita lakukan setiap hari. Kenapa perlu diungkap?? Apakah kelebihannya?? 10 tahun yang lalu saya pernah menjadikan topik ini sebagai tajuk Pengucapan Awam. Tertarik dengan kupasan yang diberikan oleh Ustazah Siti Norbayah melalui kaset ceramah beliau sepanjang memandu dari Melaka ke Kuantan. Terdetik untuk berkongsi sedikit cerita / peristiwa yang menjelaskan KELEBIHAN ungkapan ini.
Bersabda
Rasulullah : “ Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi,
malaikat Jibril telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke
dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat 4 buah sungai
yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air
arak yang tidak memabukkan dan air yang tidak masin”.
Aku
bertanya kepada Jibril : “Wahai Jibril, dari manakah asalnya
sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya? Jibril menjawab “Wahai
Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja
dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya”

Aku
melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya. Aku mahu
kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “Tidakkah engkau
ingin melihat di dalamnya?” Aku pun bertanya “Bagaimana aku dapat masuk
sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya?”
Jawab malaikat itu, “Kunci di dalam tanganmu”. Tanyaku lagi “Di mana?. Jawabnya “ Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim”.
Lalu
aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk
ke dalam. Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan
airnya dari empat buah tiang yang besar. Melihat
aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku “Apakah engkau sudah
cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau
belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik,
dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya. Lalu
aku pun perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah
Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf MIM
perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang HA’ perkataan
Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf MIM perkataan Ar-Rahman, keluar air sungai arak. Dan dari lubang MIM dari perkataan Ar-Rahim, keluar air sungai madu. Dari itu, barang siapa dari umatku
membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini
di akhirat kelak”.
Ungkapan itu sendiri asal usulnya dari SYURGA, diletakkan ditempat yang paling istimewa, menjadi punca dan permulaan kepada segala sumber kehidupan (Air), maka seharusnyalah kita jadikan ia sebagai PENGHULU UNGKAPAN , Insyaallah rahmat yang besar juga menanti seandainya ia dijadikan amalan dalam butiran percakapan serta perlakuan kita seharian.
0 comments